Tuesday 15 March 2011

Wang membahayakan

Wang juga amat membahayakan, kerana dengan wang seseorang itu akan terlibat dengan hutang. Rasullullah s.a.w bersabda "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang,sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari".
*Kekayaan adalah relatif. Orang berkereta besar, rumah besar tak semestinya kaya.*

Wang Untuk Masa Depan

Pilihan anda hari ini boleh mengubah masa depan.Sebelum anda menghabiskan wang membeli belah tanpa tujuan pilihan anda boleh membantu merancang untuk minggu depan, bulan depan atau tahun depan tetapi seumur hidup :
  • Memilih untuk berbelanja atau tidak  berbelanja.
  • Menyimpan duit untuk simpanan kecemasan
  • Belajar kemahiran baru untuk mendapatkan atau mengekalkan pekerjaan
  • Melangsaikan hutang
  • Menjadi pembayar hutang yang baik supaya anda boleh mendapat pinjaman yang lebih besar seperti  pinjaman kereta atau rumah
  • Mengajar anak-anak dan ahli keluarga tentang penggunaan duit yang betul.
  • Mengamalkan pengurusan kewangan berhemah sebagai budaya hidup.

Mengapa Setiap Individu Perlukan Wang?

   Setiap individu perlukan wang untuk hidup. Mereka mahukan duit untuk menjaga diri mereka dan keluarga mereka. Tetapi juga yang mahukan duit kerana budaya kita memberitahu bahawa wang menjadikan anda penting dan wang adalah keyakinan diri.

   Budaya memberitahu juga bahawa memiliki banyak benda akan mengembirakan setiap individu. Apa yang dilihat dan didengar, mencadangkan bahawa kita boleh membeli perasaan. Namun perlu berhati-hati jika kita fikirkannya, jiwa boleh jadi kosong dan boleh menyebabkan muflis.

Wang Amat Penting Untuk Semua

WANG,benda yang amat diperlukan oleh semua orang. Dengan ada nya wang kita dapat membeli apa sahaja barang yang kita inginkan. Sebagai seorang manusia kita tidak akan dapat hidup jika kita tidak mempunyai wang. Jadi kita perlulah bijak untuk merancang kewangan pada hari esok. Cara terbaik untuk merancang masa depan adalah dengan memahami keadaan anda dahulu dan sekarang.  Jawapan anda boleh membantu anda membuat keputusan yang baik. Antaranya:
  • Berapakah jumlah duit yang cukup untuk keperluan dan kehendak?
  • Bagaimana nak mendapatkan duit yang diperlukan?
  • Bagaimana pula duit untuk kecemasan?
  • Bagaimana pula duit untuk keperluan keluarga?